| Agama & Kehidupan |

TEMUDUGA SEBAGAI " CALON JENAZAH "


"SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN"



KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:

*Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham Internet.

*Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.

*Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

*Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?


Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


Sirah Nabi Muhammad S.A.W


Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.


Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.


Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad


Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.


Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.


Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.


Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.


Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.


"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)


Abdul Mutallib Wafat


Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Muhammad diasuh oleh Abu Talib


Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.


Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.


Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".


Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.


Penurunan Wahyu Pertama


Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.


"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)


Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.


Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.


Dakwah Secara Terang-terangan


Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.


"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.)


Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:


"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"


Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.


Kewafatan Khadijah dan Abu Talib


Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.


Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.


Penghijrahan Ke Madinah


Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.


Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.


Negara Islam Madinah


Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.


Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.


Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.


Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:


"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."


Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w


Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.


Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.


Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur


Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."


Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')


Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."


Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.


Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"


"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"


"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"


Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.


Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.


Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.


Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.


Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.


Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,


"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"


Jawab baginda dengan lunak,


"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Rasulullah s. a. w. bersabda,


"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"


Ada
10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.


1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.


2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.


3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.


4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.


6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.


7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.


8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.


9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.


Perjalanan kita...


Wahai diri...


Apa tujuannya engkau datang ke mari?


Untuk makan? Untuk Minum? Untuk bersukaria?


Bukan? Ye ke bukan?


Wahai diri...engkau makan sampai senak perut...engkau tibai semua makanan membujur lalu melintang patah... bukankah makan untuk hidup dan bukan sebaliknya?


Wahai diri, engkau ucapkan Kalimah Syahadah... Engkau mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah... Betul ker? Bukankah engkau jua yang menentang hukum hukumNya? Bukankah engkau yang berusaha menanamkan bibit bibit negatif kepada orang lain yang memperjuangkan hukum hukum Allah itu? Engkau sanggup pula menghina kepada golongan agama yang mahu menjalankan hukum hukum itu... betulkah syahadah yang engkau ucapkan itu? Benarkah begitu?? Redha siapa yang engkau cari wahai diri? Redhanya manusia dalam kemarahan ALlah?


Mana al-Qur'an itu telah engkau letak? Dalam Almari?? Tanam di Kutub Utara?? Itukah cara yang Nabi mu ajar? Mengapa engkau letak Al-Qur'an itu di telapak kaki perlembagaan Lord Reid??? Mengapakan jika bertemu pertembungan antara Al-Qur'an dan perlembagaan itu maka Perlembagaan ciptaan itulah yang mengatasi Kalamullah?? Betul kah kalimah Syahadah mu itu wahai diri??? Redha siapa engkau cari?


Aduhai diri, engkau mengaku Muhammad itu pesuruh Allah...Kekasih Allah.. Betul? Ye ke begitu?


Bukankah engkau juga yang menghina umatnya yang mengamalkan sunnah baginda? Bukankah engkau yang benci dan memandang hina orang yang berjanggut? Orang yang berserban? Bukankah engkau jua yang memburuk burukkan cara makan Nabi? Perkahwinan Nabi? Poligami?


Bukankah Nabi Muhammad saw itu memerintah berdasarkan AL-Qur'an.. Bukankah dasar rujukannya al-qur'an... Mana rujukan kamu? Sudah berapa banyak sunnahnya yang engkau kerjakan sebagai manifestasi akan kecintaan mu kepadanya? Selarikah butir butir kata pengakuan diri itu dgn perbuatanmu..aduhai diri... selarikah? Adakah bertentangan atau tidak? Menanam tebu di pinggir bibir?


Redha siapa yang engkau mahu? Sanggupkah engkau hidup dalam kemurkaan ALlah dan mengorbankan Redha Allah untuk mendapatkan Redhanya manusia dan duniawi? Bukankah nilai dunia ini hanyalah sebanding dengan nilai sehelai sayap nyamuk di sisi Allah S.W.T. ??? Apa yg boleh engkau perlakukan dgn sayap nyamuk itu??


Terlalu banyak perkara yang engkau lakukan tidak melambangkan atau menterjemahkan apa yang telah engkau ucapkan... munafik? Na'uzubillah... Neraka paling HIGH CLASS menanti engkau wahai diri!!!


Ya Allah..ampunkanlah diri ini...bimbingkanlah diri ini ke arah keimanan yang sejati...ke jalan yang engkau redhai... bantulah Ya Allah... La Haula walaquwwataillahi billahil a'liyyil adzhim..



Tua Nak Mampus, Rosnah tnm.

Kecoh beberapa hari dahulu akan kebiadapan seorang yang bergelar artis rambut kuning yang begitu celupar mulutnya terhadap wanita syurga Khadijah binti Khuwailid r.a.


Begitu mudah pula baginya kemudianny memohon maaf kepada khalayak dan dengar khabarnya juga mengemukakan kekesalan dan kenyataan maafnya dalam siri tv3 suku iaitu Melodi.


Begitulah mudahnya seorang insan yang mengaku Islam mencela dan mengeluarkan kata kata biadab terhadap kekasih kepada kekasih Allah S.W.T. yang mana tentulah jua kekasih Allah pula, Khadijah Binti Khuwailid r.a. wanita agung yang dipilih oleh Allah untuk diperisterikan oleh semulia mulia makhluk iaitulah baginda Rasulullah s.a.w.


Golongan mereka inilah yang kerap berfatwa "jangan lihat pada pakaian dan rupa kami tapi yang penting hati mesti baik" atau kata kata yang seumpama dengannya. Inilah dianya Allah menzahirkan akan penyakit yang terdapat dalam hati hati mereka itu melalui lafaz dan perawakan mereka itu sendiri. Kalau didalamnya bersih, masakan di luarnya tidak. Yang zahir itulah manifestasi kepada yang didalam. Sebab itulah dalam Al-Qur'an mencabar mereka yang mengaku beriman bahawa bagaimana mereka boleh mengaku beriman sahaja kalau sahaja mereka belum diuji!


Perkataan 'tua nak mampus' itu ditujukan kepada yang mengucapkannya iaitu Rosnah Mat Aris tua nak mampus (tnm). Kalaulah boleh dianugerahkan gelaran, maka dia layak untuk menambah Rosnah Mat Aris tnm.


Pengucapan maaf kepada khalayak ramai jua adalah tidak mencukupi kerana khalayak ramai atau para peminatnya bukanlah Tuhan. Yang boleh memaafkan ialah Khadijah Binti Khuwailid r.a. itu sendiri dan yang mengampunkan adalah Allah S.W.T.


Ummul Mu'minin dah tak ada, terserah kepada Allah S.W.T untuk mengampunkan itu pun sekiranya Rosnah tnm mahu.


Saya selaku umat Islam mengharapkan agar si Rosnah ini bertaubat dan memohon ampun kepada Allah S.W.T. sebelum bala Allah diturunkan kepada kita semua.


| Masyarakat & Politik |

Adakah anda sedar apa yang sedang berlaku ini...

Assalamualaikum wbth.


Adakah anda di luar sana peka, bahawa salah satu iklan yang rasa-rasa lucu di dalam TV sekarang (orang pakai sut kuning macam bodoh) menggunakan lagu GEREJA dalam iklan tersebut. Iklan tersebut telah mempengaruhi masyarakat kita dengan menyanyikan lagu tersebut secara tidak sedar kerana cuba mengikut rentak lagu GEREJA tersebut. Dipetik :


“KU KAN MENGIKUT MU, KEMANA SAJA KAU PERGI” or dlm bahasa INGGERIS, “I’m gonna follow him”


“HIM” merujuk kepada ISA @ JESUS


Hayatilah video ini...


Dan bandingkan dengan yang ini...


Hal ini sedikit sebanyak boleh&telah memesongkan akidah umat Islam secara halus melalui pengaruh iklan dan lagu tersebut. Ramai yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan iklan tersebut best atau pun lucu… tetapi sebenarnya itulah strategi orang kafir untuk menghancurkan agama ISLAM… semoga kita sedar dan dapat menghindari hal ini secara lebih tegas!


Firman Allah: “Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka.” (Al Baqarah: 120)


nota :
To my christian friends, I just shared something with my people.


Mat Rempit

Dewasa ini riuh mengenai Mat Rempit, sekumpulan anak muda yang kelihatannya tak takut mati dan berani, cuma sayangnya keberanian mereka diletakkan di tempat yang salah dan lagho serta membawa diri mereka ke arah kehancuran.


Berapa ramai yang dah mati..mati katak. Alangkah indahnya kalau keberanian itu digunakan untuk membela agama ini...alangkah indahnya jika ajal mereka yang terkorban itu ditemui ketika berperang melawan musuh lalu menemui Syahid!!


Itulah kemuncak kematian yang tertinggi sekali, sanggup mati kerana Allah!!


Persediaan Banjir?

Anda pernah naik kapal layar tak? Minat berlayar tak? Ni musim musim banjir nih, elok la blajar belayar... ni ada kapal layar ni ha...tengah dok bina lagi..makan bulan siap wor...


Sapa nak beli? Murah jer... RM30juta...


Sapa le yang mampu beli ni yer...tentu orang kaya jer leh beli...




Courtesy: Tok Guru07 - detikdaily


Sesiapa yg telah layak...


PENDAFTARAN PEMILIH

1

Q:

Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi ?


A:

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan
bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya.

2

Q:

Mengapa anda perlu mendaftar ?


A:

Anda perlu mendaftar sebagai pengundi untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.

3

Q:

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?


A:

Isi Borang A yang boleh didapati di Pusat Pendaftaran dengan membawa Kad Pengenalan atau Resit JPN.KP 11 yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara..

4

Q:

Di manakah pusat-pusat pendaftaran ?


A:

i) Ibu Pejabat SPR Putrajaya.
ii) Pejabat Pilihan Raya Negeri.
iii) Pejabat Pos Berkomputer Terpilih.
iv) Unit Pendaftaran Bergerak Di Tempat-Tempat Umum.
v) Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR.
vi ) Penolong Pendaftar Luar Bandar.
vii) Pusat-pusat Membeli Belah atau Pasaraya.

5

Q:

Bilakah tempoh urusan pendaftaran pengundi dijalankan ?


A:

Bil

Tempat

Masa

1

Ibu Pejabat SPR Putrajaya

WAKTU PEJABAT

2

Pejabat Pilihan Raya Negeri

3

Pejabat Pos Berkomputer Terpilih


4

Unit Pendaftaran Bergerak Di Tempat-Tempat Umum

WAKTU PEJABAT

5

Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR.

6

Q:

Adakah boleh nama pemilih yang panjang dimuatkan
sebagaimana yang dikehendaki ?


A:

Nama pemilih adalah mengikut sepertimana yang terdapat pada kad pengenalan tertakluk kepada maksimum 60 aksara (huruf).

7

Q:

Bolehkah mendaftar di pejabat pos menggunakan slip JPN?


A:

Mengikut peraturan yang ada (Peraturan-Peratura n Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002 pendaftaran hanya boleh dibuat menggunakan Kad Pengenalan sahaja.

8

Q:

Adakah boleh pasangan anggota tentera memilih untuk
mendaftar sebagai pemilih awam / biasa?


A:

Pasangan kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peratura n Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002

9

Q:

Adakah pendaftaran menggunakan kad pengenalan 8 digit masih boleh digunakan?


A:

Peraturan-peraturan yang ada membenarkan penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar sebagai pemilih.

10

Q:

Bolehkah pendaftaran menggunakan surat beranak?


A:

(Peraturan-Peratuar an Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002, hanya membenarkan penggunaan Kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran pemilih.

11

Q:

Bolehkah seseorang itu mendaftar bagi pihak orang lain
(warisnya)?


A:

Mengikut peraturan yang ada (Peraturan-Peratura n Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002 seseorang hanya boleh mendaftar untuk diri sendiri sahaja.





PENDAFTARAN : PERTUKARAN ALAMAT DAN MAKLUMAT ....DALAM DAFTAR PEMILIH

1

Q:

Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam Kad Pengenalan?


A:

Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR kecuali Penolong Pendaftar dari Parti Politik.

2

Q:

Dimanakah saya boleh membuat semakan status pendaftaran?


A:

i) Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
ii) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Laman web SPR - www.spr.gov. my
iv) Unit pendaftaran bergerak

3

Q:

Apakah prosedur yang harus diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat seperti agama dan bangsa?


A:

Maklumat-maklumat mengenai pindaan agama dan bangsa boleh dibuat terus dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan mengemukakan kad pengenalan dan bukti-bukti yang berkaitan.

4

Q:

Berapa lama yang diperlukan oleh SPR untuk membuat
pembetulan maklumat seperti agama, bangsa dan Kad Pengenalan?


A:

i) Pembetulan kecil-kecil seperti agama dan bangsa dibuat sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dikemukakan ke Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut.

ii) Pembetulan nama dan Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat dalam tempoh dua (2) minggu.

iii) Untuk mengatasi masalah ini, adalah dinasihatkan supaya mereka menyemak nama mereka dan kalau ada keperluan, mereka boleh membuat pembetulan mengikut alamat di dalam kad pengenalan.

5

Q:

Terdapat pasangan suami/isteri yang mengundi di tempat yang berlainan, mengapa hal ini berlaku?


A:

Mereka mendaftar menggunakan alamat yang berbeza.

6

Q:

Wujudnya nombor kad pengenalan yang sepatutnya lelaki tetapi digunakan oleh perempuan?


A:

Mungkin berlaku kesilapan semasa pendataan oleh JPN atau semasa pendaftaran pemilih.

7

Q:

Kenapa wujud perbezaan nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih dengan kad pengenalan asal?


A:

Perbezaan kemungkinan wujud disebabkan masalah pendataan kurang tepat mengikut sistem lama. Sistem yang ada sekarang tidak wujud lagi perbezaan kerana SPR menghubungi terus “online” dengan Jabatan Pendaftaran Negara semasa membuat pendataan.

8

Q:

Adakah boleh kita menukar nama seseorang yang memeluk agama Islam sebagaimana nama Islamnya sedangkan dalam pangkalan data masih nama asal?


A:

Tidak Boleh. Beliau perlu menghubungi pangkalan data terlebih dahulu dengan menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara.

9

Q:

Telah membuat pertukaran alamat tetapi masih kekal di tempat mengundi asal?


A:

Kerana Alamat permohonan tidak sama dengan alamat kad pengenalan. Perkara ini hanya boleh berlaku terhadap permohonan yang telah dibuat sebelum 16 Julai 2002. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilih berkenaan berhasrat untuk kekal mengundi di tempat asal mereka mendaftar, mereka tidak perlu memohon perpindahan tempat mengundi. Sebaliknya, sekiranya pemohon bercadang untuk berpindah tempat mengundi daripada tempat asal mereka dahulu, mereka hendaklah terlebih dahulu memohon pertukaran alamat di dalam kad pengenalan di pejabat Pendaftaran Negara, selepas itu bolehlah mereka memohon untuk berpindah tempat mengundi di alamat terbaru mereka seperti di dalam kad pengenalan. Permohonan ini boleh di buat di mana-mana Pejabat Pos, Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Ibu Pejabat Pilihan Raya di Putrajaya. Oleh itu pemohon hendaklah memastikan butiran pada borang berkenaan adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran





PEMOTONGAN/PEMBERSI HAN

23

Q:

Kenapa pemilih yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih?


A:

Kerana SPR tidak menerima laporan dan bukti dokumen kematian pemilih dari Jabatan Pendaftaran Negara atau nama mereka masih dalam proses untuk pemotongan.

24

Q:

Bolehkah SPR membuat pemotongan mereka yang telah meninggal dunia mengikut rekod JPN?


A:

Boleh dengan perakuan Ketua Pendaftar.

25

Q:

Apakah yang dilakukan sekiranya seseorang meninggal dunia ataupun hilang kelayakan sebagai pemilih?


A:

Waris membuat laporan di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dengan membawa bersama sijil kematian dan juga laporan berkaitan.





PENGUNDI HANTU

1

Q:

Apakah yang dimaksudkan dengan pengundi hantu?


A:

Istilah “pengundi hantu” jika hendak digunakan hanya boleh
ditafsirkan kepada pengundi yang tidak layak tapi disenaraikan termasuk pengundi yang telah meninggal dunia/belum cukup umur/kad pengenalan palsu dan sebagainya. .





PENJALANAN PILIHAN RAYA

1

Q:

Apakah yang melayakkan untuk seseorang keluar mengundi?


A:

Seseorang warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih SPR.

2

Q:

Berapakah jumlah deposit pilihan raya untuk bertanding dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan DUN?


A:

Jumlah deposit adalah RM 23,000 yang terdiri daripada berikut:
• RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit calon DUN
• RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DU
N

3

Q:

Jika terdapat seseorang calon yang ingin bertanding di kawasan DUN dan Parlimen, perlukah dia membayar kedua-dua deposit calon untuk DUN dan Parlimen?


A:

Ya. Iaitu deposit calon DUN sebanyak RM 5,000 dan deposit calon Parlimen sebanyak RM 10,000.

4

Q:

Di mana calon patut membayar deposit dan berapa jumlah bayaran?


A:

Kedua-dua deposit iaitu deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen boleh dibayar di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Jumlah deposit berkenaan adalah seperti berikut :

i) Deposit Pilihan Raya :- Parlimen : RM 10,000
DUN : RM 5,000
ii) Deposit Bahan Kempen :- Parlimen : RM 5,000
DUN : RM 3,000

5

Q:

Bagaimanakah seseorang pemilih boleh mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya?


A:

Pemilih boleh menyemak dari laman web SPR di alamat
www.spr.gov. my, menghubungi Ibu pejabat SPR , pejabat Pilihan Raya Negeri atau SMS pada waktu yang dikhususkan.

6

Q:

Kenapakah terdapat sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa saluran?


A:

Pusat mengundi mempunyai beberapa saluran mengundi
kerana menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut dan bagi melicinkan proses pengundian.
Lazimnya setiap satu saluran diperuntukkan tidak lebih daripada 700 pengundi

7

Q:

Bilakah bermulanya waktu membuang undi?


A:

Secara amnya tempat mengundi di buka bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Namun terdapat beberapa pusat mengundi yang waktunya ditetapkan lebih singkat terutamanya di pedalaman.

8

Q:

Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?


A:

Dokumen yang diperlukan ialah sama ada kad pengenalan My Kad, KPT dan Kad Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri ialah :

• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor dan gambar pemegangnya.

9

Q:

Pemilih telah mengetahui nombor saluran tetapi kenapa perlu menyemak semula di barung SPR?


A:

Pemilih tidak perlu menyemak di barung sekiranya telah memperoleh nombor saluran. Beliau hendaklah terus ke saluran berkenaan.

10

Q:

Di manakah pusat penamaan calon dan pukul berapa penamaan calon dibuka?


A:

Pusat penamaan calon biasanya di pejabat-pejabat daerah, majlis perbandaran / daerah, dewan orang ramai dan sekolah-sekolah atau tempat-tempat yang difikirkan sesuai oleh SPR.

Penyerahan kertas penamaan calon dibuka daripada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala, dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah tempoh pameran dan bantahan.

11

Q:

Bilakah boleh dituntut deposit pilihan raya ?


A:

(i)Bagi deposit calon pilihan raya boleh dituntut selepas Pilihan Raya diisytiharkan dengan syarat calon memperolehi lebih daripada 1/8 dari jumlah undi yang diterima daripada calon-calon yang bertanding.
(ii)Bagi deposit bahan kempen, selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon-calon yang bertanding.

12

Q:

Adakah SPR menyediakan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang cacat dan wanita mengandung?


A:

Pihak SPR menyediakan saluran khas untuk warga emas iaitu saluran I. Manakala bagi wanita yang mengandung dan cacat diberi keutamaan berada di barisan hadapan di mana-mana saluran.

13

Q:

Seseorang ingin bertanding untuk DUN dan Parlimen di mana tempat penamaan calon adalah 2 tempat yang berbeza dan berjauhan. Bagaimana cara mengatasinya ?


A:

Kertas penamaan calon boleh diserahkan kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon mulai 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kertas penamaan calon berkenaan boleh di serahkan oleh calon, pencadang dan penyokongnya atau mana-mana dua atau mana-mana seorang daripada mereka

14

Q:

Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda sebagai telahpun keluar mengundi?


A:

Beliau tidak boleh mengundi.

15

Q:

Adakah seseorang boleh menggunakan kad pengenalan orang lain untuk mengundi?


A:

Tidak dibenarkan.

16

Q:

Kenapa nombor siri pemilih ditulis pada keratan kertas undi?


A:

Untuk mengesahkan seseorang itu telah membuang undi jika ada kes Mahkamah.

17

Q:

Kenapa elaun petugas lambat diterima?


A:

Pejabat Pilihan Raya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur Kewangan Kerajaan. Kelewatan boleh berlaku bila terdapat kesilapan No. Akaun, No. Kad Pengenalan atau Nama Petugas.

18

Q:

Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi, di manakah beliau sepatutnya membuat laporan?


A:

Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.

19

Q:

Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?


A:

Tidak boleh, walaubagaimanapun dalam kes tertentu seperti orang buta warisnya boleh membantu untuk mengundi dengan syarat warisnya perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.

20

Q:

Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan kertas undi?


A:

Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat mengundi..

21

Q:

Jika seseorang pengundi telah menandakan kertas undi sehingga di luar petak undi, adakah kertas undi tersebut diterima?


A:

Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih diketahui oleh pilihan raya.

22

Q:

Bolehkan orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi beliau bermastautin di Semenanjung memohon mengundi secara pos?


A:

Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
( Pengundian Pos ) 2003.





PERSEMPADANAN

1

Q:

Berapa kerapkah tempoh persempadanan semula
Bahagian Pilihan Raya dijalankan?


A:

Mengikut Perlembagaan Malaysia Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahgian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.

2

Q:

Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi?


A:

Mengikut Jadual 13 dalam Perlembagaan, pihak yang layak membuat representasi ialah:

i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Pemilih yang berdaftar

3

Q:

Dalam keadaan mana Siasatan Tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan?


A:

Mengikut Seksyen 7: Jadual ke-13 Perlembagaan Siasatan Tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima
daripada:

i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih yang berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

4

Q:

Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan diadakan?


A:

Kriteria yang telah ditetapkan mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual 13 Perlembagaan ialah:

i- Pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
ii- Sempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri.
iii- Terdapat kemudahan pentadbiran
iv- Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan
.

5

Q:

Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya?


A:

Sesuatu Bahagian Pilihan Raya akan terbentuk hasil daripada gabungan beberapa Daerah mengundi dan dalam setiap Daerah Mengundi tersebut mengandungi beberapa lokaliti.

6

Q:

Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi?


A:

Maksud satu-satu Daerah Mengundi itu ialah satu kawasan yang mempunyai sempadannya dalam sesebuah bahagian pilihan raya dan di dalamnya mengandungi beberapa lokaliti.

7

Q:

Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti?


A:

Lokaliti ialah unit yang terkecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai sejumlah pemilih.

8

Q:

Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang?


A:

Jumlah Bahagian-Bahagian Parlimen ialah 222 dan
Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576.

9

Q:

Berapakah jenis persempadanan Bahagian Pilihan Raya yang boleh dilakukan di Malaysia?


A:

Mengikut Perlembagaan Malaysia terdapat 2 jenis persempadanan yang boleh dilakukan:

i- Apabila mencapai had tempoh 8 tahun berdasarkan
Perkara 113 (2).
ii- Apabila berlakunya tambahan kerusi di dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri atau Parlimen berdasarkan Perkara 113 (3A).
iii- Berlaku perubahan sempadan sesebuah negeri misalnya wujudnya pembahagian kepada wilayah persekutuan.

10

Q:

Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh digunakan dalam Pilihan Raya ?


A:

Mengikut Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya boleh digunakan apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sebelum dibubarkan selepas selesainya urusan persempadanan semula.

11

Q:

Mestikah dalam satu urusan persempadanan jumlah dilalui Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah?


A:

Mengikut Perlembagaan Malaysia apabila urusan persempadanan dilaksanakan ia tidak perlu ditambah jumlah bahagian pilihan raya.

12

Q:

Adakah urusan persempadanan yang dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya hanya menguntungkan parti Kerajaan?


A:

Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dijalankan oleh SPR tidak bertujuan menguntungkan mana-mana pihak termasuklah parti yang memerintah kerana pilihanraya mengikuti persempadanan yang sama boleh dimenangi oleh kedua-dua pihak, pemerintah atau pembangkang seperti mana yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan selepas persempadanan tahun 1994.